Search

[Perangkap Iblis Terhadap Orang Yang Melaksanakan ...

  • Share this:

[Perangkap Iblis Terhadap Orang Yang Melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar]

Orang yang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu orang yang pandai dan orang yang bodoh. Iblis menyusup ke dalam diri orang yang pandai melalui dua cara iaitu;

1) Membagus-baguskan tindakannya, mencari pujian dan ujub kerana amalnya.

2) Marah kepada diri sendiri dan barangkali ini yang terjadi pada awalnya atau barangkali itu yang terjadi saat melaksanakan amar ma'ruf kerana mendapatkan pelecehan dari orang yang mengingkarinya lalu dia memusuhi diri sendiri.

Sedangkan apabila orang yang melaksanakan amar ma'ruf adalah orang yang bodoh, maka iblis akan mempermainkan dirinya sehingga kerosakan yang ditimbulkannya lebih banyak dari kemaslahatan yang dihasilkannya. Ini kerana boleh jadi dia melarang sesuatu yang sebenarnya diperbolehkan menurut ijma ulama, atau dia mengingkari suatu takwil dan seseorang yang mengikut sebahagian mazhab dengan syarat mengikuti suatu mazhab itu didasarkan kepada pengetahuan atau memang ada dalil yang diikutinya.

Boleh jadi dia bertindak kasar, memukul pelaju kemungkaran dan mencaci makinya. Jika orang-orang memberi jawapan yang dirasa sulit menurutnya, maka dia menjadi marah.
[Talbis Iblis, Ibnul Jauzi, Maktabah Al-Madani, Kairo, Cetakan 1983, ms 211 & 212]


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts